FACULTY OF APPLIED SCIENCES

Quality Objectives

Guiding our commitment to academic excellence, impactful research, graduate success and continuous improvement.

FALSAFAH UiTM

Kita percaya Allah SWT menganugerahi manusia dengan bakat, minat dan kecenderungan yang sekiranya diasuh, dididik dan dilatih dengan sempurna melalui penjanaan, pemindahan dan pengintegrasian ilmu secara terbuka serta penerapan nilai-nilai Islam, mereka berkemampuan menjuarai transformasi diri, masyarakat dan negara.

We trust that Allah SWT bestows individuals with talents, interests, and inclinations who, when holistically nurtured, trained, and developed through transparent knowledge generation, transfer, and integration, coupled with the embodiment of Islamic values, are capable of championing individual, societal and national transformation.

VISI

Universiti Unggul Pemacu Bumiputera Profesional

A Premier University Driving Professional Bumiputera

MISI

Melonjak keilmuan, adab dan kepakaran bumputera agar berjiwa usahawan melalui kurikulum termaju, pembangunan bakat, penyelidikan berimpak, dan sinergi industri ke arah kemakmuran tanah air serta kesejahteraan sejagat.

To elevate the knowledge, ‘adab’ (ethics and virtues), and expertise of Bumiputera in fostering an entrepreneurial spirit through advanced curricula, talent development, impactful research, and industry synergy, contributing to the nation’s prosperity and global well-being.

OBJEKTIF KUALITI
FAKULTI SAINS GUNAAN (FSG)
2026 - 2030

01

Memastikan enrolmen seramai 4500 pelajar menjelang tahun 2030.

02

Memastikan sekurang-kurangnya 25% calon Sarjana Muda memilih FSG sebagai pilihan pertama setiap tahun pengambilan.

03

Memastikan 100% program akademik melalui proses semakan kurikulum, mengikut kitaran dan keperluan standard yang ditetapkan setiap tahun.

04

Memastikan peningkatan peratusan pelajar sepenuh masa yang bergraduat dalam tempoh yang ditetapkan (GoT) mengikut peringkat pengajian menjelang tahun 2030.

  • 90% pelajar Sarjana Muda
  • 80% pelajar Sarjana (Penyelidikan)
  • 20% pelajar PhD

05

Memastikan peningkatan peratusan graduan sepenuh masa yang bergraduat dengan 30% pelajar Sarjana Muda dengan CGPA 3.50 dan ke atas menjelang tahun 2030.

06

Memastikan peningkatan pencapaian peratusan Kadar Bekerja Graduan (GE) dan Kadar Kebolehpasaran Graduan (GM) bagi setiap tahun dan mencapai 90% tahun 2030.

07

Memastikan pencapaian 10% graduan usahawan sehingga tahun 2030.

08

Memastikan 100% pelajar UiTM memenuhi Modul Model Mahasiswa Terbilang UiTM (MMTU) sebelum tamat pengajian menjelang tahun 2030.

09

Memastikan pencapaian 90% Indeks Perkhidmatan Pelajar (IPP) UiTM menjelang tahun 2030.

10

Meningkatkan sebanyak sekurang-kurangnya 920 bilangan penerbitan berindeks menjelang tahun 2030.

11

Meningkatkan jumlah perolehan geran penyelidikan sebanyak sekurang-kurangnya RM 10.1 juta menjelang tahun 2030.

12

Memastikan kecemerlangan dalam pemindahan ilmu dengan mengkomersilkan 2 produk hasil penyelidikan menjelang 2030.

13

Memastikan kecemerlangan kesarjanaan staf dengan memastikan sekurang-kurangnya 90% pensyarah berkelayakan PhD menjelang tahun 2030.

14

Memastikan pencapaian 85% indeks infrastruktur & infostruktur yang kondusif bagi menyokong PdP menjelang 2030.

15

Mencapai 25% penjanaan pendapatan dalaman berbanding perbelanjaan operasi setiap tahun.

Contact Us

Fakulti Sains Gunaan
Faculty of Applied Sciences
Universiti Teknologi MARA,
40450 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan,
Malaysia.
 
 
+603-5544 4560
 
+603-5543 4562