- Administrator
- Research Activities
- Hits: 1973
Cafe Scientific
First Cafe Scientific at FSG. New speaker.. New setup. Hope everyone benefits the session.
First Cafe Scientific at FSG. New speaker.. New setup. Hope everyone benefits the session.
Majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan LiveCube Global Sdn. Bhd.
Pada 19 Februari 2019, bertempat di Bangunan Canseleri Universiti Teknologi MARA Shah Alam, telah berlangsung majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan LiveCube Global Sdn Bhd. Pihak UiTM diwakili oleh Naib Canselor, Profesor Ir. Dr. Mohd Azraai Kasim, manakala LiveCube Global diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Puan Hermadiana Binti Mat. Majlis ini disaksikan oleh Dekan Fakulti Sains Gunaan, Profesor Dr. Hajah Farida Zuraina Mohd Yusof dan Penganalisa Kanan PerniagaanMalaysian Bioeconomy Development Corporation Sdn Bhd, Encik Emirul Adzhar Yahya. Turut hadir adalah delegasi dari Live Cube Global dan staff akademik FSG. Melalui memorandum yang ditandatangani, kedua-dua pihak akan bekerjasama dalam menghasilkan bahan plastik terbiodegrasi dalam usaha-usaha ke arah kehidupan tanpa plastik pada 2018-2030 dan Malaysia yang lebih sihat menjelang 2030. Projek ini dicetuskan oleh Prof. Madya Dr. Rahmah Mohamed selaku Ketua kumpulan Penyelidikan Green polymer, Fakulti Sains Gunaan (FSG) UiTM Shah Alam.
Kedua-dua pihak bersetuju untuk bekerjasama dalam aktiviti utama seperti kolaborasi penyelidikan khususnya dalam menghasilkan plastik/polimer/produk terbiodegrasi yang mesra alam. Melalui hasil penyelidikan yang telah dan akan dijalankan, penyelidik FSG UiTM akan bekerjasama untuk mengkomersilkan produk plastik yang berasaskan bahan semulajadi daripada tumbuhan. Penggunaan bahan bahan asas ini adalah selari dengan usaha menyahut seruan kepada teknologi hijau dan mesra alam.
Selain itu, kolaborasi ini akan melibatkan program latihan industri di peringkat ijazah sarjana muda dan pascasiswazah. Melalui aktiviti ini, pemindahan ilmu dan pembangunan kemahiran melalui hubungan baik universiti dan industri akan terjalin dengan amaat baik yang selari dengan agenda Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).
Akhir sekali, kedua-dua pihak berharap melalui perjanjian persefahaman ini, jalinan yang dibina akan bermanfaat untuk semua khususnya dalam proses pembangunan plastik berkualiti tinggi yang bersifat terbiodegrasi selari dengan Revolusi Industri 4.0 dan agenda Malaysia Education Blueprint 2013-2025.